Ahad, November 08, 2009

Warisan - Jasa Bonda

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah ( 1 )
___________________
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang ( 2 )
_________________
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda ( 3 )( ulang 3 & 2 )
Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang...
___________________________________________________
p/s: 1) Didedikasi buat mak... Tetiba teringat kat mak... huhuhu... Semangat nak belajar = 0 (memang tak pernah nak ada). Esok periksa kejuruteraan sisa (effluent engineering). Ya Allah permudahkanlah urusanku...
2) Sesiapa yang tahu lagu ni boleh nyanyi, huhu... yang tak tahu pun boleh cari, bagi saya ini lagu yang cukup memberi kesan di hati... (kalau nak minta mp3 lagu ni melalui Skype pun boleh - der_spielfuhrer@yahoo.com)
3) Sempat pula nak menaip... Azhar oh Azhar...

Ahad, November 01, 2009

Return of the Condor Heroes

Mengantuk...huhu... Apa nak jadi nih, dah nak exam, boleh lagi tengok cerita... Berjaya juga dalam 'rally' menonton 'Return of the Condor Heroes'... Ahli: - Pak Din - Adie - Aku Tahniah buat Pak Din yang berjaya menonton dari episod 1 sampai 41 tanpa henti (^^) Aku dan Di hanya mula tengok dari pertengahan siri je... Huhu...dah dah, cukup!!! Bila nak 'study' nih? p/s: lepas nih Pak Din nak tengok 'Legend of Arching Heros' pula...prekuel kepada 'Return of the Condor Heroes'...lepas exam lah kot...huhuhu (^^)

Sabtu, Oktober 31, 2009

Hanya Gambar

p/s : 1) dah lama tak kemaskini blog... jadi hanya letak beberapa gambar sahaja untuk kali ni (^^)

2) Selamat menduduki peperiksaan buat para kenalan terutama pelajar USM Transkrian! Minna, ganbatte kudasai, ne! (^^)

Rabu, September 30, 2009

Hari ini dalam sejarah 2...

tak tahulah nak cakap apa...

Selasa, September 15, 2009

Hari ini dalam sejarah...

Ceritera ini aku mulakan dari petang tanggal 13 September... atas dasar kebosanan yang amat, aku dan madi telah berjoging mengelilingi kampus (sepusingan je pun), kemudian bila balik bilik naj dah kunci pintu (pergi bazar) maka madi pun tak dapat masuk biliknya... jadi kami pun mengambil keputusan berjalan2 (naik moto, so bermoto2 r bukan berjalan2, huhu...) keluar sampai ke bazar dekat sempadan antara bandar baharu-parit buntar... kebetulan ternampak masjid bandar baharu, maka lepas berbuka kat pusat islam, balik bilik, aku, madi dan lan pun bersembahyanglah tarawih di sana... Just like ordinary... tapi lepas balik memang menumpukan perhatian untuk menyudahkan kertas cadangan fyp... bagaimanapun rasa sangat seronok buat proposal, mungkin sebab buat sekali dengan naj (ada geng)... sudahnya dari pukul 10 malam sampailah ke 8 pagi kami tak tidur... huhu... naj pun cam dah ngantuk, maka kami pun tidur kejap, bak kata naj... "50 minit..." sudahnya bangun pada pukul 2... "50 minit apa, lebih dari 5 jam..." terlepaslah daku dari pergi ke kuliah dan berlepas diriku dari menduduki kuiz dr vel... hukhuk... Pukul 6, 14 September, konvoi menghantar ride sameer ke lapangan terbang bayan lepas (nak balik Kampung Tinusa 2, Sandakan) telah bermula disertai oleh aku, madi, lan, naj dan ride sameer sendiri. Perancangan asal nak cari kamera untuk adik aku lepas tu. Bagaimanapun selepas melepasi tol jambatan, naj telah terlepas jauh, jadinya hanya kami (aku, lan, madi dan ride sameer) yang sampai ke lapangan terbang... naj pula 'merajuk' buka puasa kat induk then cakap nak balik kampus terus... huhu... letih nak pujuk... bagaimanapun tak jadi sebab madi nak jumpa kawannya, yani... perancangan berubah... lepas hantar ride sameer, kami ke usm, solat isya' kemudian makan dengan yani... sembang-sembang sampai lebih kurang dalam pukul 10.15, yani pun balik... kami pula meneruskan perjalanan ke Queensbay (nak cari kamera punya pasal)... tapi sampai kat sana Queensbay tutup sudah... maka kami pun beransurlah pulang... Nak dijadikan cerita, minyak moto aku memang dah low tahap kritikal... tapi ingatkan boleh r lepas jambatan (sebab lepas tu ada shell), tapi takdir menentukan...
MEMANG TAK SAMPAI!!! MOTO MATI TENGAH JAMBATAN SUDAH...
tapi syukur kepada Allah, berkebetulan matinya moto di depan 2 orang brader ni... rupa2nya diorang ni kerja jambatan. So, salah seorang dari mereka (namanya abang syah) menunda aku ngan lan dengan motonya sampai r ke shell dekat megamall... rumah dekat2 situ je katanya...cuak jugak r waktu moto tu mti mula2 tu... ye r, jauh tu kalau nak menolak motonya... (x_x) Memang hari yang panjang... balik2, terus sambung dengan proposal fyp... buat sampai siap, maksudnya memang tak tido, dan secara tak langsung terpaksa r memonteng kelas agi esoknya... ngantuk seyh... tapi terpaksa r, sebab 15 September kena hantar... petang tu baru g hantar kat pejabat am skul (sebab pagi tu qada' tido dulu) habis hantar je, aku ngan naj dan lan bergerak ke parit buntar, cari kamera... alhamdulillah, tertunai hajat adik aku untuk dapat kamera (hadiah dari aku sempena 9A PMR 2008)... aku beli kamera Olympus, model FE-46... Hari rabu, 16 September aku ponteng klas agi... x mau kacau mode nak raya aku nih... hehe... =D malamnya... aku balik ke rumah naik train pukul 2159... dengan aza, lan n yus... jumaat ni balik kelantan lak! SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!! (^^) p/s : 1) Terima kasih abang Syah atas pertolongan yang diberikan... kalau tak, tak taulah... 2) Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua... 3) Saje post lambat2, xde mode nak publish... 4) Sebenarnya nak cerita pasal moto mati atas jambatan je... tapi ter'rajin' lak mencoret kasar apa yang berlaku 1 minggu... huhu... (^^) 5) BUSY <---> SERABUT

Ahad, Ogos 30, 2009

Macam-macam...

Macam-macam... maksudnya memang macam-macam yang dah terjadi...baik dalam jangkamasa terdekat ni atau sepanjang kehidupan... pahit...manis...senang...susah...sedih...gembira...terharu...marah...pelbagai kenangan dan perasaan bercampur aduk...mengusik emosi anak manusia... sering kali marah... kadang kala dimarah...abstrak...hidup memang abstrak...pelbagai reaksi ditonjolkan, belum tentu mencermin apa yang terpendam...kegembiraan mungkin hanya persepsi dan interpretasi yang melihat, seperti mana kata maya kepada didi (dan didi kepada aku)... orang yang kita lihat paling gembira itu mungkin saja yang paling sedih dan bermasalah pada hakikatnya (maksud lebih kurang, susunan ayat mengikut aku yang menulis)... perasaan...kita gembira dengan kehadiran orang baru dan sedih dengan pemergian orang terdekat...hakikatnya inilah hidup...penuh ranjau dan duri...tapi itulah juga madu dan penawar... bak gula dan garam, tidak lengkap tanpanya dalam masakan... kebelakangan ni macam-macam yang telah dilakukan...selepas test math 1, aku telah menyimbahkan air kepada 1st year2 yang tengah berjalan kaki ni ngan moto ku ni waktu hujan...huhu...bersalahnya aku...aku juga sedang disibukkan dengan test2 yang banyak...sibuknya aku...dan tak lupa kepada task design...tekanannya aku... namun kenangan menggembirakan... contohnya semalam pun baru berbuka puasa di kfc bersama didi dan hani... dan hari ni berbuka di pizza dengan didi, aza, wirda, ikin dan ain... (^_^) kenangan... p/s : 1) terima kasih atas semua kenangan 2) rindu dengan orang baru, adikku azfar (dah nak setahun dah umur...) 3) al-fatihah buat yang tersayang tok ayah (moyang), anwar dan riduan (adik), dan para muslimin dan muslimat lain yang telah meninggalkan kita... 4) macam mana nak buat 'mass' dan 'energy balance' untuk task design ni... hai (mengeluh)... 5) tak lupa juga diucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke-22 buat salehin @ ben... (30/08/1987)... kalau kami tak lupa pun kami akan tetap buat2 lupa... huhu... (^_^)

Selasa, Ogos 25, 2009

Sekadar merenung...

Isnin,24 Ogos 2009 - Luangkan masa yang ada ni cuba kita pejamkan mata... imbas kembali masa-masa yang pernah kita lalui sepanjang hidup kita nih... bertanya sendiri, bilakah masanya yang kita mula mengingat? (^_^) jangan risau... ni bukan soalan untuk dijawab pun... tak masuk periksa pun... cuma sekadar merenung kembali diri sendiri...
Jadi pernah tak kita berhenti dan mengambil masa menghayati apa sebenarnya hidup kita... kadang-kadang kita hidup ni umpama 'reactant' yang masuk dalam 'plug flow reactor', cukup sekejap, sampaikan kita tak sedar yang kita dah pun jadi 'product'... bagi sesetengah orang pula hidup ni macam 'reactant' masuk dalam 'batch reactor', masuk dan singgah seketika, hinggakan sering terlupa ia akan keluar juga bila tiba masanya... hidup ni sekejap, cukup sekejap namun sering manusia terlupa kesudahan selepas hidup... (kalau manusia itu tak lupa bahawa ia akan mati jua, tentu tiada kejahatan akan berlaku, tentu kita tidak akan bersikap seperti sekarang ini, apakan daya, akarnya kata 'manusia' dari 'nasiya', dan setelah di'tarjim' 'nasiya' menjadi lupa...)
Sejarah sering berulang... manusia mendokumentasi sejarah untuk tujuan yang pelbagai dan berbeza... namun jarang kita belajar dari sejarah, mengambil iktibar kesilapan orang terdahulu... apatah untuk memahami bahawa sejarah anak manusia itu hanyalah tiga; ia memulakan hidup... kemudian ia menjadi sibuk dan menjadi letih... dan akhirnya ia akan mati... kita yang masih berkesempatan membaca telah memulakan hidup, sedang sibuk, semakin letih... dan mungkin belum mati... tapi pasti akan mati... Dan kembali kita merenung ke belakang... dapatkah kita menyusun kembali ingatan kita terhadap apa yang pernah terjadi? ada yang mungkin kita ingat, ada yang kita sudah lupa... bak kata dr shariff hussein, 'you have already format your brain' (^_^) dan adakah ingatan kita itu merangkumi orientasi masa sesuatu peristiwa? sebagus itukah kita mengingat? Banyak yang kita lupa... sememangnya sifat manusia untuk lupa... tapi apa yang kita masih ingat, adakah kita mengambil faedah dan pengajaran darinya? manusia telah disibukkan dengan pelbagai urusan, sehingga kadangkala ia hilang arah, terlupa hala tuju... hidup menjadi rutin semata, sehingga hilang nilai dan erti... dr m kata melayu mudah lupa... benar... kita lupa kesusahan sama yang pernah kita alami, lalu kita menjadi sangat mementingkan diri... kita lupa jerit perih orang terdahulu, lalu kita menjadi lalai dalam zon selesa dan malas membaca buku... bahkan kita terlalu alpa dengan nilai materi sehingga terlupa nilai kasih sayang sebuah keluarga... Merenung lagi... dapatkah kita jelaskan tujuan hidup ini? adakah kita berada di landasan yang sebenarnya dalam hidup ini? persoalan untuk aku dan kau, tidak perlu dijawab dengan kata cukup dengan apa yang kita perbuat... kerana lumrahnya manusia suka beralasan, yang baik itu hanyalah aku/kita dan yang buruk hanyalah dia/mereka... Berapakah umur kita ketika ini? Jadi apakah yang telah kita capai dalam hidup ini? Yang ingin dan akan dicapai? Hebat, kita sentiasa ingin yang terbaik, sentiasa menjadi lebih baik... sayangnya kita tak melakukan yang terbaik untuk menjadi lebih baik... Bilakah kita lahir? Soalan yang senang barangkali... Jadi bila kita mati? Adakah kita bersedia untuk mati? Andai saja tarikh mati juga dicatat di ic... Merenung dan terus merenung... mencari jawapan yang tidak pasti... hidup ini sungguh abstrak, sungguh menarik... kita selalu memandang ke depan, maju dan terus maju... lalu sesekali pandanglah ke belakang, kita mungkin akan lebih menghargai hidup ini... Lalu bukalah mata... kita masih lagi berpijak di bumi... ya, dan teruskan melangkah gagah... jika sesekali kamu merasa lelah, tolehlah ke belakangmu, agar terkumpul kembali semangatmu... P/s : 1) Kesibukan melanda... esok (26/08/09) ada test petroleum dan math... lusa(27/08/09) nak hantar laporan makmal... pukul 3.15 jap lagi nak jumpa Dr Norashid untuk bincang pasal design task 2... Baru hari ni (25/08/09) boleh post... 2) Rindunya kat azfar...
ね わたし 、がんばって ください !!!